Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada catatan kali ini saya ingin membawa para pembaca mengenali apa itu dadah. Mungkin ramai diluar sana tahu bahaya dadah tapi masih lagi yang berminat berjinak- jinak dengan bahan psikoaktif yang berbahaya itu. Dadah sebenarnya dapat ditafsirkan sebagai bahan kimia yang samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh megubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
a. Opiat
b. Perangsang (Stimulant)
c. Penekanan (Depressants)
d. Halusinogen
e. Ganja (Cannabis)
Dadah yang yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menghilangkan ketagihan mereka ialah Opiat. Dadah jenis ini kebiasaannya banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat melegakan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Jika dadah ini diambil secara berlebihan akan membawa potensi yang tinggi kepada gejala ketagihan dadah yang melampau.Dadah ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
i . Candu
Bahan asas untuk dadah ini ialah getah bunga popi dan negara yang banyak mengeluarkan dadah jenis ini ialah Amerika Selatan dan Columbia. Cara pengambilan dadah ini adalah dengan cara dihisap dengan paip, dimakan atau ditelan. Tanda - tanda pengambilan dadah ini juga boleh dikesan atau dilihat jika seseorang individu tersebut mengalami kurang pertimbangan dari segi pemikiran dan tindak tanduk serta kesugulan yang melampau. Secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif seperti mengalami gangguan jiwa dan ketagihan, kelemahan fizikal dan mental.
ii. Heroin
Dadah jenis ini banyakdikeluarkan di negara seperti Guatamala, Mexico, Asia Tenggara, Burma, Laos, Thailand dan Asia Barat. Bahan asas untuk dadah ini ialah Acetic, Anhydride, Acetone, Acetic Acid (glacial), Calcium Oxide, Potassium Carbonate, Sadium Carbonate, Sadium Hydroxide dan Sadium Hypoclorite. Cara penagambilan dadah jenis ini pula ialah dengan dimasukan ke dalam rokok, dihisap, disuntik dan dicairkan. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan merasa tidak selesa, terlalu sensitif, muka menjadi merah, bersifat hyperaktif, hilang selera makan dan hilang pertimbangan. Kesan pengambilan dadah ini akan memberi kesan seperti Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS dan boleh membawa kepada kematian.
iii. Morfin
Jenis dadah yang ketiga ialah morfin.Bahan asas untuk dadah jenis ini ialah Opium Alkaloid. Dadah ini banyak diproses dinegara seperti Pakistan. Cara yang sering digunakan untuk mengambil dadah jenis ini adalah dengan cara dicairkan dan disuntik ke dalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.Tanda - tanda pengambilan dadah jenis ini akan menyebabkan pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual atau muntah, hilang selera makan.Kesan pengambilan dadah ini pula akan memberi kesan kepada HIV/AIDS, gangguan jiwa, adan kematian jika diambil secara berlebihan.
iv.Kodein
Kodein merupakan salah satu jenis dadah yang tergolong dalam dadah jenis Opiat. Dadah jenis ini diambil dengan cara diminum dalam ubat batuk. Tanda pengambilan dadah jenis ini sama dengan gejala dadah jenis Heroin.Kesan pengambilan dadah ini akan menyebabkan penagih tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung serta berkelakuan seperti orang mabuk. Selain itu juga akan membawa kepada ketagihan yang berlebihan.
b. Perangsang (Stimulan)
Kategori dadah yang kedua ialah jenis perangsang atau dalam istilah saintifik dikenali sebagai Stimulan.
Dadah jenis ini akan meningkatkan kewaspadaan dan menghilangkan rasa mengantuk serta merangsang sistem saraf pusat. Dadah jenis ini juga sering disalahgunakan untuk mencapai ketahanan fizikal yang lebih tinggi.Contoh dadah stimulan adalah seperti caffeine, amphetamine, kokain, ritalin dan ecstasy. Stimulan yang disalahgunakan dengan meluas pada masa kini ialah amphetamine dan cocaine. Dadah jenis ini banyak dikeluarkan di negara seperti Peru. Bolivia, Columbia, Pergunungan Andes, Amerika Andes, Amerika Selatan dan China. Kesan pengambilan dadah yang boleh kita lihat terhadap individu yang mengambil dadah jenis ini ialah depresi, ketagihan teruk, keletihan mental dan fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu. Dadah jenis ini juga boleh meyebabkan maut jika diambil secara berlebihan.
c. Penekanan (Depresen)
Depresen atau dadah jenis penekanan amat terkenal sekali dalam bidang perubatan. Dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang dalam perubatan. Ia bertindak balas dengan sistem saraf pusat dengan memberi ketenangan dan kelegaan sementara atau palsu (artificial relaxtion and relief) daripada kegugupan dan tekanan perasaan. Kesan daripada pengambilan dadah jenis ini akan menyebabkan pengurangan aktiviti mental, masalah kardiovaskular dan masalah pernafasan yang teruk. Dadah jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i. Methaqualone
Bahan asas untuk dadah jenis ini ialah Acetic Anhydride, Acetone, Antranitic Acid, Ethyl Ether danToluene. Dadah jenis banyak diproses dinegara seperti India, Jepun dan Benua Eropah. Cara pengambilan dadah ini pula adalah dengan cara dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul, kapsul barbiturat dipecah, dilarut ke dalam air dan disuntik atau dicampur dengan heroin.
ii. Traquliser
Jenis dadah yang kedua untuk kategori ini ialah Traquliser. Bahan asas yang terkandung dalam dadah jenis ini ialah Benzodiazephine Diazepam, Chlorochazepoxide, Aprazolam, Triazolam, Nimetrazepam dan Flunitrazepam. Cara pengambilan dadah jenis ini adalah sama dengan jenis yang pertama iaitu Methaqualone. Bahan ini banyak diproses dinegara seperti Amerika Syarikat, Columbia dan Mexico.
iii. Rohypnol
Jenis dadah yang ketiga ialah Rohypnol. Bahan ini diambil dalam bentuk pil atau kapsul. Bahan ini banyak diproses di China, Taiwan dan Myanmar. Bahan ini juga boleh mambawa kematian jika dicampurkan dengan alkohol dalam jangka masa yang panjang.
d. Halusinogen
Kategori dadah yang keempat ialah halusinogen. Halusinogen dadah yang berupaya menjejaskan emosi dan membawa kesan psikologi yang negatif kepada seseorang individu yang mengambil dadah jenis tersebut. Dadah kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaituLysergic Acid Diethylamide (LSD), Phenlyclidine (PCP) Phencyclidine, Dimethyltryptamine dan Ketamine. Negara yang mengeluaarkan dadah jenis ini ialah Amerika Syarikat dan Mexico. Cara pengambilan dadah jenis ini adalah dengan cara di makan dalam bentuk tablet atau kapsul atau dicampurkan dalam minuman. Kesan daripada pengambilan dadah jenis ini akan bertindak terus kepada otak, gerakan badan, cara bertindak, pemikiran, pendengaran dan penglihatan penagih.Dadah jenis ini boleh mempengaruhi persepsi penagih terhadap realiti, masa dan persekitaram anda.Dadah jenis halusinogen boleh menyebabkan penagih hilang kawalan ke atas badan serta emosi dan seterusnya mengakibatkan kegugupan semasa berbicara, pergerakan otot yang tidak terkawal dan tindakan yang agresif dan liar. Dadah jenis ini boleh mengakibatkan kekeliruan dan kesangsian yang bukan-bukan.
e. Ganja (Kanabis)

Dadah ini dikenali sebagai ganja, marijuana atau kanabis. Ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang di jadikan dalam bentuk blok atau sate. Pokok ganja ini juga menyerupai tembakau . Cara pengambilan dadah jenis ini adalah dengan dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut. Antara negara yang menjadi pengeluar kepada bahan jenis ini adalah Laos, Thailand, Cambodia, Filipina dan Indonesia. Kesan daripada pengambilan bahan ini boleh mempengaruhi rasional, koordinasi badan dan ingatan jangka pendek pengguna. Kadar kontraksi jantung juga akan meningkat dan penagih tersebut akan menjadi resah. Dadah jenis kanabis seperti marijuana mempengaruhi rasional, koordinasi badan dan ingatan jangka pendek pengguna. Kadar kontraksi jantung juga akan meningkat dan penagih tersebut akan menjadi resah. Dadah jenis kanabis seperti marijuana boleh memberi impak kepada otak pengguna.Kebanyakan penagih marijuana tidak dapat menumpukan perhatian untuk jangka masa yang lama, badan menjadi lemah, tidak dapat membuat keputusan dan susah untuk berkomunikasi. Dadah jenis kanabis ini juga boleh menyebabkan kemurungan. | |||||