Wednesday, September 29, 2010

Laman sosial & blog undang bahaya

Kemajuan jalur lebar dan keupayaan memiliki komputer yang meningkat dari hari ke hari membuatkan pergantungan masyarakat kepada teknologi di negara ini amat tinggi.  Laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan My Space mahupun blog kini bukanlah sesuatu yang asing terutama bagi golongan remaja.  Kajian beberapa tahun lalu menunjukan 46 peratus penguna internet di negara ini melawat laman sosial sepert Facebook, Friendster dan My Space dan jumlahnya pasti lebih tinggi sekarang dengan penambahbaikan perkhidmatan jalur lebar.  Malah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 175,000 blog baru dicipta setiap hari.  Peningkatan pengunaan teknologi baru ini pastinya satu tanda kemajuan negara.  Malah, kerajaan sendiri menggalakkan rakyat negara ini agar lebih celik IT.  Bagaimanapun timbul pelbagai masalah kerana kurangnya kesedaran tentang bahaya yang menanti dari apa yang diluahkan atau dicatat pada laman-laman sosial mahupun blog.  Walaupun setiap individu mempunyai hak untuk bersuara, namun masih terdapat batas-batas yang perlu dipatuhi.

HANYA SETELAH DEWASA BERPELUANG UNTUK BERSUARA
Setiap individu mempunyai kebebasan untuk bersuara tetapi ia bergantung kepada landasan yang digunakan untuk bersuara.  Jika dahulu kebebasan untuk bersuara hanya melalui media tradisional mahupun media cetak mampu dikawal tetapi tidak pada media baru.  Jika tidak berhati-hati, media baru ini boleh menjadi cermin kepada setiap pengunanya di masa hadapan.  Penyalahgunaan kebebasan bersuara dikalangan remaja disebabkan sejak dari kecil lagi kita dilarang untuk bersuara.  Adat resam kita sendiri contohnya melarang mereka yang muda ini untuk meluahkan pendapat mereka dihadapan orang yang lebih dewasa.  Oleh kerana itu, apabila mendapat peluang untuk bercakap, merela akan berkata-kata menerusi laman sosial mahupun blog tanpa memikirkan akibatnya.  Kesannya, pembaca laman sosial mahupun blog akan membuat pelbagai tanggapan daripan apa yang ditulis.  Tanggapan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut pemahaman mereka.  Seterusnya akan menimbulkan pelbagai komen lanjutan sehingga ia menjadi satu isu besar. 

No comments:

Post a Comment