Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi mengunjungi blog kesayangan saya ini. Pada catatan lepas saya ada berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis - jenis dadah dan kali ini pula saya akan membawa anda semua mengenali apa itu sel stem. Ramai masyarakat diluar sana tidak mengetauhi apa yang dimaksudkan dengan sel stem dan fungsinya kepada kesihatan manusia.
Untuk pengetauhan semua sel stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.
Terdapat dua punca utama untuk Sel Stem iaitu :
1. Sel stem dewasa. Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
2. Sel stem embrionik. Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanakkanak.
Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.
Sebenarnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.
Sebenarnya Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.
Jika dikaji secara lebih teliti terdapat sedikit perbezaan diantara sel stem dengan sum - sum tulang. Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.
Terima kasih hidayah maklumat yang anda paparkan pada blog ini amat berguna kepada saya untuk menjalankan kajian berkaitan dengan sel stem..
ReplyDelete