Wednesday, September 29, 2010

Dadah Memusnahkan Segalanya.



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada catatan kali ini saya ingin membawa para pembaca  mengenali apa itu dadah. Mungkin ramai diluar sana tahu bahaya dadah tapi masih lagi yang berminat berjinak- jinak dengan bahan psikoaktif yang berbahaya itu. Dadah sebenarnya dapat ditafsirkan sebagai bahan kimia yang  samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh megubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian  iaitu :
a. Opiat
b. Perangsang (Stimulant)
c. Penekanan (Depressants)
d. Halusinogen
e. Ganja (Cannabis)

a. Opiat.
Dadah yang yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menghilangkan ketagihan mereka ialah Opiat. Dadah jenis ini kebiasaannya banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat melegakan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Jika dadah ini diambil secara berlebihan akan membawa potensi yang tinggi kepada gejala ketagihan dadah yang melampau.Dadah ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
i . Candu
Bahan asas untuk dadah ini ialah getah bunga popi dan negara yang banyak mengeluarkan dadah jenis ini ialah Amerika Selatan dan Columbia. Cara pengambilan dadah ini adalah dengan cara dihisap dengan paip, dimakan atau ditelan. Tanda - tanda pengambilan dadah ini juga boleh dikesan atau dilihat jika seseorang individu tersebut mengalami kurang pertimbangan dari segi pemikiran dan tindak tanduk serta kesugulan yang melampau. Secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif seperti mengalami gangguan jiwa dan ketagihan, kelemahan fizikal dan mental.

ii. Heroin
Dadah jenis ini banyakdikeluarkan di negara seperti Guatamala, Mexico, Asia Tenggara, Burma, Laos, Thailand dan Asia Barat. Bahan asas untuk dadah ini ialah Acetic, Anhydride, Acetone, Acetic Acid (glacial), Calcium Oxide, Potassium Carbonate, Sadium Carbonate, Sadium Hydroxide dan Sadium Hypoclorite. Cara penagambilan dadah jenis ini pula ialah dengan dimasukan ke dalam rokok, dihisap, disuntik dan dicairkan. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan merasa tidak selesa, terlalu sensitif, muka menjadi merah, bersifat hyperaktif, hilang selera makan dan hilang pertimbangan. Kesan pengambilan dadah ini akan memberi kesan seperti Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS dan boleh membawa kepada kematian.

iii. Morfin
Jenis dadah yang ketiga ialah morfin.Bahan asas untuk dadah jenis ini ialah Opium Alkaloid. Dadah ini banyak diproses dinegara seperti Pakistan. Cara yang sering digunakan untuk mengambil dadah jenis ini adalah dengan cara dicairkan dan disuntik ke dalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.Tanda - tanda pengambilan dadah jenis ini akan menyebabkan pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual atau muntah, hilang selera makan.Kesan pengambilan dadah ini pula akan memberi kesan kepada HIV/AIDS, gangguan jiwa, adan kematian jika diambil secara berlebihan.

iv.Kodein

Kodein merupakan salah satu jenis dadah yang tergolong dalam dadah jenis Opiat. Dadah jenis ini diambil dengan cara diminum dalam ubat batuk. Tanda pengambilan dadah jenis ini  sama dengan gejala dadah jenis Heroin.Kesan pengambilan dadah ini akan menyebabkan penagih tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung serta berkelakuan seperti orang mabuk. Selain itu juga akan membawa kepada ketagihan yang berlebihan.


 b. Perangsang (Stimulan)


Kategori dadah yang kedua ialah  jenis perangsang atau dalam istilah saintifik dikenali sebagai Stimulan.
Dadah jenis ini akan meningkatkan kewaspadaan dan menghilangkan rasa mengantuk serta merangsang sistem saraf pusat. Dadah jenis ini juga sering disalahgunakan untuk mencapai ketahanan fizikal yang lebih tinggi.Contoh dadah stimulan adalah seperti caffeine, amphetamine, kokain, ritalin dan ecstasy. Stimulan yang disalahgunakan dengan meluas pada masa kini ialah amphetamine dan cocaine. Dadah jenis ini banyak dikeluarkan di negara seperti Peru. Bolivia, Columbia, Pergunungan Andes, Amerika Andes, Amerika Selatan dan China. Kesan pengambilan dadah yang boleh kita lihat terhadap individu yang mengambil dadah jenis ini ialah depresi, ketagihan teruk, keletihan mental dan fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu. Dadah jenis ini juga boleh meyebabkan maut jika diambil secara berlebihan.


c. Penekanan (Depresen)


Depresen atau dadah jenis penekanan amat terkenal sekali dalam bidang perubatan. Dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang dalam perubatan. Ia bertindak balas dengan sistem saraf pusat dengan memberi ketenangan dan kelegaan sementara atau palsu (artificial relaxtion and relief) daripada kegugupan dan tekanan perasaan. Kesan daripada pengambilan dadah jenis ini akan menyebabkan pengurangan aktiviti mental, masalah kardiovaskular dan masalah pernafasan yang teruk. Dadah jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:


i. Methaqualone 
Bahan asas untuk dadah jenis ini ialah Acetic Anhydride, Acetone, Antranitic Acid, Ethyl Ether danToluene. Dadah jenis banyak diproses dinegara seperti India, Jepun dan Benua Eropah. Cara pengambilan dadah ini pula adalah dengan cara dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul, kapsul barbiturat dipecah, dilarut ke dalam air dan disuntik atau dicampur dengan heroin.


ii. Traquliser
Jenis dadah yang kedua untuk kategori ini ialah Traquliser. Bahan asas yang terkandung dalam dadah jenis ini ialah Benzodiazephine Diazepam, Chlorochazepoxide, Aprazolam, Triazolam, Nimetrazepam dan Flunitrazepam.   Cara pengambilan dadah jenis ini adalah sama dengan jenis yang pertama iaitu Methaqualone.  Bahan ini banyak diproses dinegara seperti  Amerika Syarikat, Columbia dan Mexico.


iii.  Rohypnol
Jenis dadah yang ketiga ialah Rohypnol. Bahan ini diambil dalam bentuk pil atau kapsul. Bahan ini banyak diproses di China, Taiwan dan Myanmar. Bahan ini juga boleh mambawa kematian jika dicampurkan   dengan alkohol dalam jangka masa yang panjang.


d. Halusinogen


Kategori dadah yang keempat ialah halusinogen. Halusinogen dadah yang berupaya menjejaskan emosi dan membawa kesan psikologi yang negatif kepada seseorang individu yang mengambil dadah jenis tersebut. Dadah kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaituLysergic Acid Diethylamide (LSD), Phenlyclidine (PCP) Phencyclidine, Dimethyltryptamine dan Ketamine. Negara yang mengeluaarkan dadah jenis ini ialah Amerika Syarikat dan Mexico. Cara pengambilan dadah  jenis ini adalah dengan cara di makan dalam bentuk tablet atau kapsul atau dicampurkan dalam minuman. Kesan daripada pengambilan dadah jenis ini akan bertindak terus kepada otak, gerakan badan,  cara bertindak, pemikiran, pendengaran dan penglihatan penagih.Dadah jenis ini boleh mempengaruhi persepsi penagih terhadap realiti, masa dan persekitaram anda.Dadah jenis halusinogen boleh menyebabkan penagih hilang kawalan ke atas badan serta emosi dan seterusnya mengakibatkan kegugupan semasa berbicara, pergerakan otot yang tidak terkawal dan tindakan yang agresif dan liar. Dadah jenis ini boleh mengakibatkan kekeliruan dan kesangsian yang bukan-bukan.


e. Ganja (Kanabis)


Dadah ini dikenali sebagai ganja, marijuana atau kanabis. Ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang di jadikan dalam bentuk blok atau sate. Pokok ganja ini juga  menyerupai tembakau . Cara pengambilan dadah jenis ini adalah dengan  dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut. Antara negara yang menjadi pengeluar kepada bahan jenis ini adalah Laos, Thailand, Cambodia, Filipina dan Indonesia. Kesan daripada pengambilan bahan ini boleh mempengaruhi rasional, koordinasi badan dan ingatan jangka pendek pengguna. Kadar kontraksi jantung juga akan meningkat dan penagih tersebut akan menjadi resah. Dadah jenis kanabis seperti marijuana
mempengaruhi rasional, koordinasi badan dan ingatan jangka pendek pengguna. Kadar kontraksi jantung juga akan meningkat dan penagih tersebut akan menjadi resah. Dadah jenis kanabis seperti marijuana boleh memberi impak kepada otak pengguna.Kebanyakan penagih marijuana tidak dapat menumpukan perhatian untuk jangka masa yang lama, badan menjadi lemah, tidak dapat membuat keputusan dan susah untuk berkomunikasi. Dadah jenis kanabis ini juga boleh menyebabkan kemurungan.












































Laman sosial & blog undang bahaya

Kemajuan jalur lebar dan keupayaan memiliki komputer yang meningkat dari hari ke hari membuatkan pergantungan masyarakat kepada teknologi di negara ini amat tinggi.  Laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan My Space mahupun blog kini bukanlah sesuatu yang asing terutama bagi golongan remaja.  Kajian beberapa tahun lalu menunjukan 46 peratus penguna internet di negara ini melawat laman sosial sepert Facebook, Friendster dan My Space dan jumlahnya pasti lebih tinggi sekarang dengan penambahbaikan perkhidmatan jalur lebar.  Malah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 175,000 blog baru dicipta setiap hari.  Peningkatan pengunaan teknologi baru ini pastinya satu tanda kemajuan negara.  Malah, kerajaan sendiri menggalakkan rakyat negara ini agar lebih celik IT.  Bagaimanapun timbul pelbagai masalah kerana kurangnya kesedaran tentang bahaya yang menanti dari apa yang diluahkan atau dicatat pada laman-laman sosial mahupun blog.  Walaupun setiap individu mempunyai hak untuk bersuara, namun masih terdapat batas-batas yang perlu dipatuhi.

HANYA SETELAH DEWASA BERPELUANG UNTUK BERSUARA
Setiap individu mempunyai kebebasan untuk bersuara tetapi ia bergantung kepada landasan yang digunakan untuk bersuara.  Jika dahulu kebebasan untuk bersuara hanya melalui media tradisional mahupun media cetak mampu dikawal tetapi tidak pada media baru.  Jika tidak berhati-hati, media baru ini boleh menjadi cermin kepada setiap pengunanya di masa hadapan.  Penyalahgunaan kebebasan bersuara dikalangan remaja disebabkan sejak dari kecil lagi kita dilarang untuk bersuara.  Adat resam kita sendiri contohnya melarang mereka yang muda ini untuk meluahkan pendapat mereka dihadapan orang yang lebih dewasa.  Oleh kerana itu, apabila mendapat peluang untuk bercakap, merela akan berkata-kata menerusi laman sosial mahupun blog tanpa memikirkan akibatnya.  Kesannya, pembaca laman sosial mahupun blog akan membuat pelbagai tanggapan daripan apa yang ditulis.  Tanggapan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut pemahaman mereka.  Seterusnya akan menimbulkan pelbagai komen lanjutan sehingga ia menjadi satu isu besar. 

Tuesday, September 28, 2010

Sel Stem yang amat berguna di masa hadapan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Jutaan  terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi mengunjungi blog kesayangan saya ini. Pada catatan lepas saya ada berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis - jenis dadah dan kali ini pula saya akan membawa anda semua mengenali apa itu sel stem. Ramai masyarakat diluar sana tidak mengetauhi apa yang dimaksudkan dengan sel stem dan fungsinya kepada kesihatan manusia.

Untuk pengetauhan semua sel stem adalah  sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.

Terdapat dua punca utama untuk Sel Stem iaitu :

1. Sel stem dewasa. Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

2. Sel stem embrionik. Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanakkanak.

Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.

Sebenarnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.


Sebenarnya  Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.

Jika dikaji secara lebih teliti terdapat sedikit perbezaan diantara sel stem dengan sum - sum tulang. Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.